TELUPID: Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK) Sandakan meneruskan usaha untuk memberi kesedaran dan mendorong para umat bagi menghayati musim Prapaska 2014 dengan lebih mendalam dan bermakna. Kali ini, KPIK Sandakan telah berada di Paroki St Martin, Telupid selama tiga hari iaitu pada 7hb hingga 9hb Mac 2014 untuk tujuan tersebut.
Berikut merupakan antara pengisian sesi itu:
- Apakah yang membuat kita sebagai KRISTIAN?
- Prapaska – Apakah perkataan pertama terlintas di fikiran anda?
- Liturgi Prapaska membawa kepada Perayaan Misteri Paska
- Masa Prapaska adalah satu proses untuk membuat pilihan ke arah JALAN PERTOBATAN
- PESANAN PRAPASKA 2014 DARI BAPA SUCI FRANCISKUS (Apakah yang paling memberi kesan dan menyentuh hati anda?)
- Memahami apakah perbezaan maksud antara HIDUP MELARAT dengan KEMISKINAN
- KEMPEN PRAPASKA 2014 KEUSKUPAN SANDAKAN (Risalah dalam tiga bahasa: Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
- Cadangan pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan sepanjang Prapaska 2014 (40 hari)
Imbasan perjalanan sesi dalam bentuk gambar adalah seperti berikut:

- Ketidaksamarataan dalam mendapat peluang pendidikan, pekerjaan dan lain-lain.
- Kekecewaan dalam sesuatu perkara membuat seseorang menjauhi Tuhan kerana berasa bahawa doa tidak dijawab atau berasa bahawa Tuhan tidak peduli.
- Ketagihan arak, dadah dan sebagainya oleh sesorang itu kadangkala berpunca daripada ahli keluarganya sendiri yang telah memberi contoh tidak baik.
- Pesanan Prapaska 2014 oleh Bapa Suci yang menyeru semua umat Kristian khususnya Katolik serta para pemimpin di seluruh dunia untuk menyelami, menyedari serta merasai kemiskinan iman, sosial dan hak asasi yang dialami oleh mereka yang kurang bernasib baik. Maka, satu tindakan yang dapat dilakukan secara individu untuk merespon kepada Kempen Prapaska 2014 adalah dengan memberi derma ikhlas dan bantuan yang sewajarnya.
- Sebagai seorang belia dan anak dalam sesebuah keluarga, perlulah cuba menyahut seruan Bapa Suci seperti dalam pesanannya untuk menjangkau orang yang hidup dalam kemiskinan dari segi material dan rohani di mana tindakan ini perlulah bermula dari lingkungan keluarga sendiri terlebih dahulu.
- Setiap umat Katolik harus mengambil peranan untuk saling memberi peringatan, teguran atau nasihat serta bantuan terutamanya dalam Musim Prapaska ini agar dapat membuka jalan pertobatan kepada sesama di sekitar kita, yang memerlukan.
- Segala bahan-bahan yang dikongsikan dalam sesi ini dapat memberi panduan serta membantu umat Katolik secara individu dan dalam komuniti untuk mengisi hari-hari Musim Prapaska 2014 dengan lebih bererti.

- Sesuatu masalah pasti ada sebab dan puncanya yang perlu diberi perhatian khusus dan diselidiki terlebih dahulu.
- Kerendahan hati Tuhan Yesus yang rela turun ke dunia untuk menjadi serupa dengan manusia, hidup susah serta kemiskinan agar manusia dapat ‘mencontohi’ Dia dengan bertobat dari segala dosa, perkara-perkara duniawi yang merugikan serta menyesatkan, agar manusia dapat hidup dalam kekudusan.
- Kasih Tuhan Yesus melebihi dan mengatasi segala jenis dosa yang dilakukan oleh manusia dengan rela sengsara dan wafat di kayu salib.
- Sebagai individu dan umat Katolik, penyampaian sesi membantu kepada pertobatan peribadi dan mengetahui akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
- Pengertian terhadap makna sebenar Prapaska dapat dicapai melalui sesi ini.

Sr Maria memberi ruang untuk para keluarga yang hadir ke sesi tersebut untuk meluahkan penghargaan dan melakukan perdamaian dalam keluarga mereka.
Lawatan susulan KPIK Sandakan ke paroki ini akan dijalankan dalam bulan Mei atau Jun 2014 jika tidak terdapat sebarang halangan. Sesi seterusnya adalah mengenai Pembangunan Insan yang Integral dan Ajaran Sosial Gereja.
Lanjutan dari kempen prapaska, KPIP Telupid telah mulai menjalankan aktiviti Musim Prapaskanya dengan membuat satu lawatan ke rumah warga tua yang berada di Kg. Gambaron, Telupid pada Ahad, 16hb Mac 2014. Komiti Penginjilan Paroki St Martin, Telupid telah bekerjasama dalam aktiviti ini. Sedikit bantuan dalam bentuk barang-barang keperluan makanan telah disampaikan kepada keluarga warga tua tersebut.
Untuk lebih menghayati musim Prapaska 2014, umat Katolik bolehlah menjalankan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan seperti di laman sesawang ini: http://lentmy.wordpress.com/



.jpg)
.jpg)