The Holy Spirit Weekend Away was the highlight of the whole course because that was when I began to feel the Holy Spirit in me like I never did before. I felt as if the Holy Spirit touched the deepest part of my heart and made me cry uncontrollably during the Praise and Worship and “Surrender” session. Words can never describe how amazing that feeling was. I used to feel so separated from God whenever I disobeyed Him because I felt guilty and not worthy. I had come to realize that the evil spirit was actually trying to push me away from God by feeding me with negative thoughts and feelings.
Now, I feel like I’ve experienced a spiritual renewal because I’m more aware of the presence of the Holy Spirit in me. Prayer is a powerful tool in helping me resist evils and I know I could not do it without being driven by the Holy Spirit. 

Hari pertama program ini dijalankan, tidak dinafikan saya mengharapkan sesuatu yang hebat untuk dialami tetapi realitinya sehingga selesainya sesi yang pertama, saya tidak mampu merasakan apa-apa. Jelasnya pada sesi pertama program ini, kami dibawa untuk mengenali siapa Yesus itu dalam bahasa yang sangat mudah. Tumpuan saya hilang sebab saya merasakan bahawa semua pekara ini sudah saya ketahui sejak saya berada di “Sunday School” lagi.
Sama seperti mereka, saya menjadi buta untuk melihat segala-galanya dalam perspektif yang Tuhan mahu kita lihat. Sejak dari saat itu, saya mulai faham yang Tuhan tidak memerlukan kita untuk memahami segala-galanya. Yang pastinya dapat saya katakan, rencana Dia sangat lah indah. Walaupun saya tidak berpeluang untuk menghabiskan program ini sehingga ke sesi yang terakhir tapi saya sangat bersyukur dengan peluang untuk saya disentuh oleh Bapa di Syurga.Terima kasih Arlene Abel dan teman-teman kerana tidak berhenti membawa saya untuk turut serta dalam Kursus Alpha.
Semasa saya mengikuti program ini, saya sangat gembira kerana bukan sahaja pembimbingnya yang baik malah semua yang diajarkan sangat jelas dan mudah difahami oleh kami.
Melalui program ini juga saya dapat merasakan iman saya telah disegarkan kembali dengan pengetahuan yang diajarkan sama ada yang pernah saya pelajari dahulu mahupun yang baru diajarkan oleh mereka.
Saya juga bersyukur kerana Tuhan telah mengutus mereka untuk membimbing kami yang sebenarnya masih mencuba untuk bertumbuh dalam iman.
Syukur, syukur, syukur atas segala yang diberikan oleh Tuhan kepada kita. Alleluia! Tuhan tahu segala yang baik, tiada yang mustahil bagi Tuhan. Amen!
Saya telah menerima Sakramen Pembaptisan dan Penguatan pada tahun 2009. Saya menyedari bahawa pengetahuan saya tentang agama Kristian dan ajaran-ajarannya adalah masih banyak yang perlu didalami.Penanggung saya juga menggalakkan saya untuk mengikuti seminar, kursus atau apa-apa yang dianjurkan oleh gereja. Atas dorongan beliau, kami telah mengikuti Kursus Alpha (Classic Mode) bersama-sama pada tahun 2010. Pada tahun berikutnya, saya masih lagi meneruskan penyertaan saya dan kali ini tanpa ditemani penanggung saya. Namun demikian, di dalam kedua-dua kursus ini saya tidak dapat menyertai Retret Hujung Minggu (Holy Spirit Weekend Away).
Pada tahun ini, sekali lagi saya menyertai Kursus Alpha atas jemputan tim pelaksana kursus. Penyertaan kali ini pula lebih kepada menjalankan tugas pelaksanaan kerana membantu penganjur dalam bahagian sekretariat. 
Pengalaman manis telah saya alami semasa menyertai Retret Hujung Minggu kerana saya dapat mengalami kehadiran Roh Kudus. Saya menyedari bahawa segala yang dilakukan oleh Bapa di syurga dan Tuhan adalah misteri dan untuk membantu umatnya.
Ceramah dan perkongsian yang disampaikan dalam kursus Alpha ini membuka hati saya bersikap lebih terbuka terhadap cabaran dan dugaan yang dihadapi terutamanya yang menguji kesabaran dan iman saya. Seperti dalam perjalanan kursus Insiasi Kristian Dewasa, perjalanan dalam kursus Alpha juga penuh dengan cabaran dan dugaan. Namun apabila kita percaya, segala percubaan dan godaan terutamanya daripada iblis boleh dan dapat diatasi kerana segala rencana Tuhan adalah untuk kebaikan kita. Justeru, pemberian daripada Tuhan perlu kita jaga dan hargai dengan baik.


Banyak pengalaman berharga yang saya tidak dapat lupakan sepanjang mengikuti Kursus Alpha bagi tahun ini. Oleh kerana tidak berpeluang untuk mengikuti program ini dengan sepenuhnya pada tahun lalu, penyertaan untuk kali kedua ini telah membawa saya untuk lebih dekat dengan Kristus.
Sesi yang tidak dapat saya lupakan adalah sesi ‘Penyerahan Diri’ di mana kami diminta untuk menulis segala apa yang tersirat di hati kami seperti masalah atau pergumulan yang sedang dihadapi kemudian dilekatkan pada kayu salib sebagai tanda menyerahkan segalanya kepada Yesus. Setelah itu, kami berdoa di hadapan kayu salib. Pada ketika itu, hati saya merasa sangat tenang dan ringan. Melihat pada kayu salib Yesus, hati saya berasa sangat tersentuh dan mengingatkan saya kembali akan betapa besarnya cinta kasih Tuhan. 
Semoga Kursus Alpha dapat terus menjangkau umat-umat Kristian di luar sana.




















