Oleh Dalius LL SOCCOM Sandakan
Dalam homilinya, Fr. Thomas menerangkan pembacaan injil hari ini yang menyatakan jika kita mempunyai iman maka Allah itu adalah penyelamat kita dan akan bersama dengan kita kerana Allah adalah sumber kekuatan kita. Tambahnya lagi “Perhimpunan umat KKD pada hari ini adalah berasaskan kepada iman ini kerana kita mahukan bersama Tuhan dan melayani Allah seperti yang dikatakan oleh Yesus”.
Sempena dengan Tahun Iman ini, Fr. Thomas menyeru semua umat KKD untuk membuat penginjilan / pejangkauan kepada umat Katolik yang lain dalam apa cara sekalipun khususnya dalam penggunaan media
![]() |
| Clockwise from top left : Leonie, Dominic, Fr Thomas, Pilis Malim |
Selepas Misa, perayaan diteruskan dengan jemputan umat ke jamuan makan tengahari. Sdra Dominic Sintar, pengerusi KKD TIJ dalam kata-kata aluannya, memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas penganjuran ulang tahun ke-2 ini dan merakamkan terima kasih atas kehadiran Fr. Thomas untuk merayakan misa kudus bersama umat di KKD TIJ. Beliau seterusnya memaklumkan para hadirin aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh barisan ahli jawatankuasa (AJK) KKD TIJ. Aktiviti-aktiviti tersenarai juga adalah sebagai satu latihan pendedahan (training ground) kepada AJK TIJ untuk melayani ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat Katedral. Dalam ucapan alu-aluan wakil kepada Majlis Pastoral Paroki (MPP) sdra Pilis Malim, mengucapkan tahniah dan syabas MPP kepada KKD TIJ sempena ulang tahunnya yang ke-2. Beliau melihat peranan KKD ini sangat penting sebagai satu mekanisme asas pembentukan dan pembaharuan iman umat setempat. Melalui peranan KKD-KKD ini, mereka dapat membantu Gereja di dalam kerja-kerja pastoral dan transformasi iman umat Katolik di paroki ini. Dalam ucapan Fr. Thomas Makajil, beliau menyatakan kegembiraan beliau atas visi KKD TIJ untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti sempena Tahun Iman demi untuk menerapkan ajaran Yesus dan mengukuhkan iman umat di KKD ini. Beliau juga mengucapkan syabas kepada AJK TIJ yang menumpukan kepada pembabitan muda-mudi didalam penganjuran aktiviti-aktiviti mereka. Fr. Thomas menyeru agar KKD TIJ untuk terus berusaha dalam pembentukan iman umat Katolik di Taman ini.
Selepas jamuan, para hadirin dipersembahkan dengan nyanyian daripada belia KKD TIJ, tayangan slide aktiviti KKD TIJ, nyanyian karaoke dan cabutan tiket bertuah. Perayaan pada petang ini juga memberi peluang kepada umat-umat berkenalan dan mengeratkan perhubungan kejiranan sesama mereka. Perayaan ulang tahun KKD TIJ selesai pada jam 6.00 petang dengan doa penutup oleh saudara Leonnie Degullacion dan seterus bergotong royong membersihkan tempat tersebut.
Foto oleh Frankie dan Bell
Foto oleh Frankie dan Bell






